My Add

Wednesday, 29 August 2012

Lebih banyak projek rumah rakyat

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Bajet 2013 yang akan dibentang tidak lama lagi dijangka menyediakan lebih banyak projek perumahan mampu milik seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung (gambar) berkata, kementerian dan agensi-agensi kerajaan akan meneruskan pembinaan PPR dengan lebih menyeluruh di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang dan Kedah.

"Kementerian akan meneruskan usaha membina PPR, tetapi persoalannya di mana kita perlu bina? Contohnya kita telah bina banyak PPR di Sabah kerana pada suatu masa dahulu negeri itu amat memerlukan PPR.

"Kini kita akan ke negeri-negeri lain pula termasuk Pulau Pinang yang akan dibina sebuah PPR tidak lama lagi dan kita juga sedang melihat kesesuaian lokasi di Kedah," katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan Ke-15 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment