My Add

Wednesday 29 August 2012

Dua wanita maut ditikam kaki botol


*RUMAH yang menjadi lokasi dua wanita maut selepas ditikam di leher dan perut oleh lelaki yang juga jiran bilik sewanya sendiri di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.

KOTA KINABALU, SELASA, 28 Ogos, 2012: Seorang kaki mabuk yang tidak tahan ditegur sepasang suami isteri, bertindak di luar batasan apabila menikam isteri pasangan itu sebelum menikam seorang lagi wanita sehingga mengakibatkan kedua-dua mereka maut.

Suspek yang berusia lingkungan 30-an dikatakan tinggal serumah dengan suami isteri tersebut di Kampung Cenderakasih, Kolombong dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, sebelum insiden, kira-kira pukul 7 petang semalam, suspek ditegur oleh pasangan suami isteri tersebut kerana banyak mengambil minuman keras. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment