KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Sasaran 1 juta Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman
Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.
Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.
Rais berkata, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment