KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengakui menerima dana dari beberapa negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS), Finland dan Kanada, selain beberapa kerajaan negeri.
Bagaimanapun penasihat pertubuhan itu, Dr. Kua Kia Soong enggan mendedahkan siapa pemberi dan jumlah dana yang diterima Suaram selama ini.
Beliau turut mempersoalkan adakah perlu pihaknya menyatakan tentang kesemua sumber dana yang diterima itu?
"Suaram menerima dana dari Amerika Syarikat, Finland, Kanada dan beberapa kerajaan negeri termasuk individu perseorangan yang menghulurkan sumbangan kepada kami," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia Suaram 2011 di sini hari ini.
Baru-baru ini, Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mendesak Suaram mendedahkan sumber kekuatan ekonomi dan penaja pertubuhan itu yang dilihat berterusan memihak kepada pembangkang dan sering mendakwa berlakunya rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment