KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Kerajaan digesa menjadikan isu HIV dan AIDS sebagai agenda utama bagi membantu pesakit terlibat meneruskan kehidupan mereka serta membasmi gejala kurang sihat itu daripada berleluasa.
Presiden Yayasan PT, Hisham Hussien berkata, ia boleh dilakukan menerusi pemberian dana yang mencukupi agar pihak berkenaan dapat menjalankan lebih banyak program yang berkaitan.
Katanya, yayasan itu memerlukan dana sebanyak RM2.5 juta setahun untuk menjayakan misi dalam program membantu pesakit HIV dan AIDS agar mereka dapat terus menjalani kehidupan selain memberi pendidikan kepada umum tentang virus bahaya itu.
''Bagi tahun ini Kementerian Kesihatan telah mengurangkan bajet daripada RM930,000 kepada RM200,000 sahaja setahun kepada pihak yayasan yang bermakna sebanyak 80 peratus penurunan berbanding tahun lalu,'' katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment