KOTA BHARU, SELASA, 28 Ogos, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan yang didakwa berbau politik dan mengajak orang ramai ke arah perpecahan pada 1 Syawal lalu.
Laporan dibuat oleh Setiausaha Perkasa Negeri, Sharif Mahmood yang diiringi kira-kira 20 ahlinya di Balai Polis Kota Bharu dekat sini, kira-kira pukul 3 petang.
Sharif berkata, laporan tersebut bagi meminta pihak berkuasa menyiasat keseluruhan isi kandungan teks khutbah berkenaan yang dikatakan jauh menyimpang daripada kebenaran.
Menurutnya, Perkasa mahu pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam isu itu yang berselindung di sebalik topeng agama.
Jika diteliti mengenai isu kandungan khutbah tersebut ia ternyata mengajak umat Islam untuk tidak memberi sokongan kepada kerajaan yang memerintah atas alasan kononnya telah menipu rakyat dalam pilihan raya, mencuri harta awam, menerima rasuah dan menyeksa manusia dalam penjara," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment