My Add

Wednesday, 29 August 2012

Malaysia kurang bahan pemusnah ozon

CYBERJAYA, SELASA, 28 Ogos, 2012: Selepas menghentikan import klorofluorokarbon (CFC) pada 2010, kerajaan kini menetapkan sasaran baru untuk mengurangkan penggunaan satu lagi bahan pemusnah ozon iaitu hidroklorofluorokarbon (HCFC).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya meletak sasaran untuk mengurangkan penggunaan HCFC sebanyak 10 peratus menjelang 2015 dan 35 peratus lagi pada 2020.

Beliau berkata, sebagai permulaan, pihaknya telah mengagihkan dana Tabung Multilateral Protokol Montreal (MLF) bernilai AS$9.58 juta (RM29.7 juta) kepada 17 syarikat bagi membantu mereka menukar penggunaan HCFC kepada teknologi alternatif lain.

''Teknologi alternatif yang digunakan oleh industri ini akan dapat mengurangkan kesan negatif terhadap kemusnahan ozon dan pemanasan global," kata Douglas dalam ucapannya ketika melancarkan Pelan Pengurangan HCFC Peringkat Pertama di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment