My Add

Wednesday 29 August 2012

Nasharudin dapat sokongan

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Selepas menerima sokongan secara terbuka daripada Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa terus dipertahankan dan kali ini disuarakan oleh lebih ramai pemimpin Pas di seluruh negara.

Sokongan tersebut dizahirkan kerana Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok dilihat sebagai seorang pemimpin masa depan bagi parti itu dan mempunyai pengalaman luas berdasarkan pembabitannya dari usia muda dalam perjuangan parti.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, sejak berkecimpung di dalam bidang politik, Nasharudin telah memegang pelbagai jawatan penting iaitu daripada Setiausaha Agung Pas sehingga pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas dan itu menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment