My Add

Wednesday 29 August 2012

Lima lelaki mengaku tidak bersalah culik ahli perniagaan



*LIMA lelaki (dari kiri hingga baju batik hitam) dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan di Kampung Portugis, Banda Hilir, Melaka, semalam.

MELAKA, SELASA, 28 Ogos, 2012: Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan, minggu lalu.

Kelima-lima tertuduh, Mi Chew Kek, 40, Lim Lian Huat, 41, Chow Diong, 51, Chong Noon Chee, 38, dan Teo Boon Han, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama rakan yang masih bebas didakwa telah menculik atau melarikan Tan Lung Lai, 36, bagi memaksa lelaki berkenaan menyerahkan hartanya.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak bas dan kenderaan awam berhampiran medan selera Perkampungan Portugis di sini pada pukul 9.10 malam, 22 Ogos lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment