My Add

Wednesday 29 August 2012

MFA iktiraf pencapaian usahawan francais



*MANJT Singh Sachdev (dua dari kanan) bersama Richard Ong Thiam Boon (kanan), Mohd Hizam Hanafiah dan Mohamad Shukri Salleh (kiri) menunjukkan contoh piala AFM 2012 pada majlis pengenalan anugerah berkenaan, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan menganjurkan Anugerah Francais Malaysia (AFM) 2012 pada 23 Oktober depan bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan pemain industri berkenaan.

Pengerusi AFM, Datuk Manjit Singh Sachdev berkata, penganjuran anugerah kali ke-15 ini penting bagi menghargai usaha yang telah dilakukan untuk mengukuhkan industri francais bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

"AFM akan menjadi galakan kepada mereka untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai matlamat masing-masing.

"Anugerah ini sangat telus dan pemenang dipilih oleh hakim berkecuali yang terdiri daripada golongan profesional dan akademik yang tiada kaitan dengan industri francais bagi mengekalkan prestijnya," katanya pada sidang akhbar pengenalan penganjuran AFM 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment