My Add

Wednesday 29 August 2012

Mangsa culik nekad tidak mahu kembali bekerja di Nigeria

SEPANG, SELASA, 28 Ogos, 2012: “Saya tidak akan kembali bekerja di Nigeria, saya lebih rela bekerja di Malaysia" kata George Lipih Ambo, rakyat Malaysia yang diculik dalam satu kejadian serangan lanun di Teluk Guinea, negara itu 4 Ogos lepas.

George, 42, yang bertugas sebagai juruelektrik kapal milik Sea Trucks Group sebelum ini tidak pasti sama ada akan kembali semula atau tidak ke negara itu selepas pengalaman ngeri yang dialaminya.

"Kali ini saya rasa tidak akan kembali semula ke sana (Nigeria) dan tidak kisah ditugaskan di mana pun sama ada di semenanjung atau di Sarawak asalkan di tanah air sendiri.

"Selain permintaan isteri untuk tidak kembali semula ke Nigeria, saya rasa adalah lebih selamat mencari rezeki di Malaysia," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment