My Add

Wednesday 29 August 2012

Bajet 2013 pastikan ekonomi negara kukuh

BUTTERWORTH, SELASA, 28 Ogos, 2012: Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan ekonomi negara terus kukuh dalam jangka masa pendek dan panjang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pihak Perbendaharaan juga telah menemui pelbagai pihak bagi mendapatkan maklum balas mengenai bajet yang lebih komprehensif dan menyeluruh.

"Pada pendapat saya, ekonomi negara kini berada pada landasan yang tepat bagi mencapai pembangunan ekonomi lebih mantap daripada segi kualiti dan kuantiti.

"Sehubungan itu, pembentangan bajet akan datang ini akan membantu dalam memastikan ekonomi itu terus kukuh pada jangka masa pendek dan panjang. Ditambah pula dengan pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak serta kumpulan yang menjadikan bajet itu lebih komprehensif," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Tan Sri Zulkefli A. Hassan dan Pengarah Urusannya, Izham Yusoff.

Tambah Nor Mohamed, ekonomi negara dibentuk bagi mengekalkan kadar pertumbuhan serta memastikan agar agihan pembangunan dibahagikan secara adil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment