My Add

Wednesday, 29 August 2012

Mansor perlu berani lawan Guan Eng - Aminah

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 28 Ogos, 2012: Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman perlu membuang jauh sifat 'penakut' pada dirinya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng demi membela nasib orang Melayu di negeri ini.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Mansor sepatutnya berpendirian tegas dan bukan hanya patuh membuta tuli terhadap segala arahan Guan Eng.

Katanya, sebagai pemimpin tertinggi orang Melayu di negeri ini, Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang tidak boleh sekadar berdiam diri dan hanya melihat nasib kaumnya terus ditindas.

"Saya cabar Mansor memberanikan diri buka mulut bersuara kepada Guan Eng demi orang Melayu.

"Dia (Mansor) tidak boleh berdiam diri sahaja, jangan jadi penakut," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

No comments:

Post a Comment