My Add

Wednesday 29 August 2012

Khalid tetap berkeras

KLANG, SELASA, 28 Ogos, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) tetap berkeras dan enggan mendengar keluhan rakyat apabila terus dengan pendirian Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebelum ini untuk tidak membayar sebarang tunggakan subsidi bekalan air percuma kepada mereka yang menggunakan meter pukal terutama penghuni kediaman bertingkat.

Abdul Khalid berkata, perkara itu tidak perlu kerana kerajaan negeri telah menyediakan kupon rebat tunai untuk penghuni yang menggunakan meter pukal bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) juga telah memperkenalkan program menukar meter pukal kepada meter individu di beberapa kawasan perumahan yang terlibat.

''Program menukar meter pukal kepada meter individu ini akan memberi manfaat kepada penghuni kerana ia menjimatkan kos, sekali gus memberi peluang kepada pengguna menikmati subsidi air daripada kerajaan negeri," katanya ketika merasmikan bangunan baharu Sekolah Tinggi Pin Hua di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment