My Add

Wednesday 29 August 2012

Segera ambil tindakan terhadap Malaysiakini

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Kementerian Dalam Negeri serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa segera mengambil tindakan terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berikutan kelalaian melepaskan komen pembacanya yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, sikap tidak bertanggungjawab Malaysiakini memaparkan komen pembaca yang boleh mengancam keselamatan khususnya berkaitan isu sensitif seperti perkauman amat dikesali.

Katanya, walaupun telah beberapa kali ditegur dan laporan polis dibuat terhadap tindakan portal berita itu, namun Malaysiakini tidak mengambil berat mengenainya, malah masih melepaskan komen pembaca yang boleh menggugat keamanan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment