My Add

Wednesday 29 August 2012

Siasat `dropped calls' tanggungjawab syarikat telekomunikasi

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Sebarang siasatan berhubung khidmat panggilan yang tiba-tiba terputus atau "dropped calls" adalah tanggungjawab syarikat telekomunikasi (telco) sendiri, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Bagaimanapun, pengguna boleh membuat aduan mengenainya kepada syarikat telekomunikasi berkaitan atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Langkah itu boleh membantu meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat telekomunikasi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Celcom Axiata Berhad di sini, semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment