JOHOR BAHRU, SELASA, 28 Ogos, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO meminta Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan satu garis panduan khusus mengenai cadangan penubuhan Kelab Penyokong UMNO di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya selari dengan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).
Pengerusi Biro IPT Pemuda UMNO, Syahrin Md. Jamaludin (gambar) berkata, penubuhan kelab itu nanti harus dilaksanakan sepenuhnya mengikut garis panduan yang bakal ditetapkan pihak kementerian berkenaan.
Menurutnya, penubuhan kelab penyokong itu adalah sebagai medium untuk golongan mahasiswa mendalami serta memahami selok-belok berpolitik secara terbuka bersandarkan kepada kebijaksanaan mereka.
"Kita juga sedang mengkaji kaedah yang paling sesuai untuk penubuhan kelab ini dan apabila kementerian mengeluarkan satu garis panduan, kita tahu mana yang boleh dan sebaliknya," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment