My Add

Wednesday 29 August 2012

Kerajaan PKR gagal tepati janji

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Keengganan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk membayar tunggakan subsidi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada pemilik kediaman yang menggunakan meter pukal di negeri ini merupakan petanda kegagalan mereka untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, keputusan kerajaan negeri itu jelas tidak selari dengan janji mereka menerusi manifesto pilihan raya 2008 untuk memberikan air percuma kepada rakyat.

Tambahnya, keputusan tidak membayar sebarang tunggakan subsidi bekalan air tersebut dilihat sebagai putar belit kerajaan negeri serta alasan mereka untuk menutup ketidakupayaan menunaikan janji berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment