My Add

Wednesday 29 August 2012

Tabung Kemanusiaan Rohingya kini RM125,970

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Kumpulan Utusan kini mencecah RM125,970.40 sejak ia mula dilancarkan pada 14 Ogos lalu.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, usaha yang dilakukan itu bertujuan menyalurkan sumbangan asas seperti beras, air bersih dan khemah kepada masyarakat Rohingya di Myanmar.

Menurutnya, tabung kemanusiaan itu merupakan satu usaha untuk meringankan penderitaan yang dialami etnik Rohingya dan juga etnik Rakhine yang menjadi mangsa konflik tersebut.

"Kami berharap lebih banyak pihak terutama badan-badan korporat serta syarikat milik kerajaan (GLC) akan tampil menghulurkan bantuan menerusi tabung ini.

"Tambahan pula umat Islam masih merayakan sambutan Aidilfitri, kami berharap masyarakat Islam Malaysia tidak melupakan saudara Islam di Myanmar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment