My Add

Saturday 28 April 2012

10,000 pengunjung hadirI Hari Harta Intelek Negara 2012

*DEWAN* pameran dipenuhi gerai-gerai sempena Hari Harta Intelek Negara 2012 di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN, JUMAAT, 27 April, 2012: Penganjuran Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2012 di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini selama dua hari bermula hari ini dijangka dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung.

Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail berkata, pelbagai acara akan diadakan seperti pameran berkaitan harta intelek, pertandingan pidato, bintang retro dan Konsert Harta Intelek.

"HHIN 2012 yang bertemakan 'Harta Intelek Pemacu Transformasi' adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk menganjak nilai rantaian ekonomi ke tahap yang lebih tinggi melalui pembudayaan inovasi di setiap lapisan masyarakat.

"Ia juga sebagai platform untuk membolehkan orang ramai memahami dan menghayati perkembangan harta intelek serta hak-hak harta intelek," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment