Saharudin Musthafa
JAKARTA, JUMAAT, 27 April, 2012: Dakwaan tidak berasas segelintir tokoh politik, pejuang hak asasi manusia dan media Indonesia kononnya pihak berkuasa Malaysia ‘mencuri’ organ tiga rakyat negara itu yang ditembak mati oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya menjerat diri mereka sendiri.
Tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab kerana ‘mencuri’ dan memperdagangkan organ ketiga-tiga rakyat negara itu dinafikan oleh Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa.
Marty menegaskan, tidak ada bukti jelas bahawa organ-organ dalam tubuh ketiga-tiga mangsa diambil oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Hasil autopsi ulang yang dilakukan oleh pasukan forensik Polis Republik Indonesia menyimpulkan dakwaan sejumlah organ yang hilang daripada tiga mangsa itu tidak terbukti," jelas Marty pada sidang media yang diadakan bersama Ketua Pusat Kedoktoran dan Kesihatan Ibu Pejabat Polis Indonesia, Mossadeq Ishak di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN
...
No comments:
Post a Comment