My Add

Saturday 28 April 2012

Umat Islam diingat jangan sampai diperguna

KOTA BHARU, JUMAAT, 27 April, 2012: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak pergunakan oleh mana-mana pihak dalam sebarang perkara termasuk perhimpunan Bersih 3.0.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, umat Islam perlu bijak membaca hala tuju dan suasana sebarang perhimpunan yang hendak disertai bagi mengelak mereka diperguna dan didominasi oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, tindakan berwaspada itu selaras dengan pesanan Rasulullah dalam sebuah hadis yang mengingatkan umat Islam supaya tidak jatuh dua kali pada lubang sama.

"Kalau kita didominasi, boleh rugikan umat, Islam, itu memang dilarang oleh agama. Kita tidak patut sertai apa-apa yang boleh timbulkan kerosakan, kemudaratan kerana kita tidak boleh mencetuskan kemudaratan untuk diri sendiri dan orang lain," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment