My Add

Saturday 28 April 2012

Perhimpunan mendaulatkan raja bebas politik

*ABD. Rahman Abu Bakar (depan, empat dari kiri) dan barisan kepimpinan Perkasa memegang sepanduk Perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 April, 212 Perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pada 29 April ini adalah bebas daripada sebarang agenda politik.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Abd. Rahman Abu Bakar berkata, parti-parti politik tidak dilibatkan dalam perhimpunan yang dijangka dihadiri lebih 5,000 orang itu.

"Malah penceramah-penceramah yang dijemput berucap pada perhimpunan tersebut tidak lagi bergiat secara aktif dalam mana-mana parti politik.

"Antara penceramah yang dijadualkan menyampaikan ucapan ialah Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali dan veteran UMNO, Datuk Khalid Yunus," katanya pada sidang akhbar menjelang Perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment