KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 April, 2012: Para penyokong pembangkang khususnya Pas perlu sedar bahawa mereka telah diperkudakan oleh pihak yang mempunyai matlamat tersembunyi untuk 'menghalalkan' pejuang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi pemimpin negara.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim (gambar) mendedahkan, usaha tersebut dapat dilakukan sekiranya perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang diadakan esok berjaya.
Jelas beliau, agenda utama penganjuran perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk mencetuskan huru-hara supaya Perlembagaan dapat diubah secara paksa dalam merealisasikan matlamat songsang mereka.
"Penganjur sudah tiada satu matlamat yang hakiki untuk berhimpun esok selain menghalalkan LGBT. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment