My Add

Saturday 28 April 2012

Bersih 3.0 ada agenda tertentu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 April, 2012: Perhimpunan Bersih 3.0 yang didalangi pembangkang mempunyai agenda tertentu yang hanya diketahui oleh penganjurnya, Datuk S. Ambiga yang merupakan pejuang aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali (gambar) berkata, semua pihak tahu, matlamat perhimpunan itu bukannya untuk menuntut proses pilihan raya yang adil sebaliknya mahu menimbulkan kacau-bilau.

''Mereka lebih cenderung memilih demonstrasi jalanan untuk mendapatkan apa yang diingini tanpa mengira kesan buruk yang ditinggalkan kepada generasi muda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan penganjur perhimpunan Bersih yang tetap mahu mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka, esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment