My Add

Saturday 28 April 2012

Lagi NGO lapor polis bantah perhimpunan Bersih

*SEBAHAGIAN penduduk Parit Buntar memegang sepanduk dan kain rentang membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di hadapan balai Polis Parit Buntar, semalam.

IPOH, JUMAAT, 27 April, 2012: Pelbagai pihak hari ini membuat laporan polis dan bantahan secara aman berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur dan dua lokasi di Ipoh esok.

Di Sungai Siput, dekat sini, lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput bagi mendesak tindakan tegas diambil ke atas penganjur perhimpunan tersebut.

Turut membuat laporan itu, pertubuhan belia, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pemimpin Rukun Tetangga.

Difahamkan, di Balai Polis Sungai Siput sahaja, sudah 26 laporan polis berhubung bantahan penganjuran Bersih 3.0 dibuat sejak semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment