My Add

Saturday, 28 April 2012

Perhimpunan BERSIH 3.0 berakhir ganas, kecoh, kotor


      POLIS melepaskan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan selepas 
      peserta BERSIH 3.0 bertindak liar apabila merempuh pagar penghadang
      di Dataran Merdeka. - Foto Afendi Mohamed
222 peserta perhimpunan ditahan

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 April, 2012:
POLIS terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kira-kira jam 3 petang apabila sebahagian besar peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mula bertindak liar merempuh hadangan di sekitar Dataran Merdeka.

Gas pemedih mata dan meriam air dilepas jam 3 petang, diikuti sekali lagi pada jam 3.05 petang.

Peserta perhimpunan kemudiannya lari ke beberapa bangunan di sekitar Jalan Raja Laut termasuk Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Beberapa peserta perhimpunan kelihatan ditahan pihak berkuasa. 

Jelas perhimpunan yang dicanang dengan janji secara aman tidak terlaksana sebaliknya berakhir ganas kecoh dan kotor.
222 peserta perhimpunan BERSIH ditahan: Polis

Polis mengesahkan 222 peserta perhimpunan BERSIH 3.0 ditahan sehingga jam 7 malam ini dan dibawa ke PULAPOL untuk siasatan.

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan bersama pemimpin pembangkang lain sebelum beredar telah meminta peserta bersurai, namun tidak dihiraukan.

Nyatak sekali pihak penganjur tidak berupaya lagi mengawal keadaan apabila ramai penyokong hilang kawalan dirir dan kewarasan masing-masing.

Peserta ragut pistol anggota polis , 

Sepucuk pistol milik polis dikatakan diragut oleh peserta perhimpunan itu

Menurut tweet polis, orang ramai diminta berhati-hati berikutan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, sebuah kereta polis diterbalikkan oleh peserta perhimpunan berkenaan berdekatan Sogo.

Peserta perhimpunan kini menuju Dataran Merdeka

Peserta perhimpunan  mula berarak dan berkumpul di Dataran Merdeka sebentar tadi dengan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melakukan kawalan ketat. 

Tinjauan Berita Harian Online mendapati sebahagian peserta perhimpunan cuba merempuh dan merobohkan menghadang besi yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

Anggota polis dan FRU mengadakan kawalan kira-kira 200 meter dari kawasan berkenaan dan keadaan masih terkawal setakat ini.

Penyokong rempuh panghadang di Dataran Merdeka

Penyokong perhimpunan dilaporkan semakin agresif dengan merempuh pagar penghalang di sekitar Dataran Merdeka sehingga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

Keadaan menjadi kucar kacir apabila penyokong BERSIH 3.0 yang berarak mula memasuki kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air berkenaan pada kira-kira jam 3 petang dan diikuti sekali lagi pada jam 3.05 petang bagi mengawal peserta perhimpunan yang cuba merempuh sekatan masuk ke Dataran Merdeka.

Peserta perhimpunan kemudiannya lari ke beberapa bangunan di sekitar Jalan Raja Laut termasuk Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penyokong mula berkumpul

Kira-kira 150 penyokong Perhimpunan BERSIH 3.0 mula berhimpun di depan Stesen LRT Masjid Jamek seawal jam 7.30 pagi tadi.

Penyokong mula membuat provokasi dengan melaungkan "Reformasi" dan "Pakatan Rakyat baik" serta mula mengganggu lalu lintas di sekitar Jalan Masjid Jamek.

Peserta perhimpunan dipercayai baling botol ke arah polis 

Peserta Perhimpunan dikatakan membaling botol plastik ke arah trak polis yang mengawal laluan ke Dataran Merdeka. 

Skuad bom polis bergegas ke Kompleks Dayabumi selepas objek asing ditemuidi situ.

Anggota skuad berkenaan kelihatan memasuki premis itu pada kira-kira jam 10.15 pagi tetapi memberikan isyarat selamat beberapa minit kemudian. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment