My Add

Saturday 28 April 2012

Ops 1Malaysia diperluas ke seluruh negara

PUTRAJAYA, JUMAAT, 27 April, 2012: Program Ops 1Malaysia akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk kawasan sempadan Malaysia-Thailand dengan membabitkan 87 kawasan Parlimen.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah itu berikutan kejayaan fasa pertama program tersebut menurunkan kadar jenayah di 10 kawasan panas.

Katanya, sejak dilancarkan pada 23 Disember lalu program itu berjaya mengumpulkan seramai 107,286 orang pegawai dan kakitangan KDN daripada pelbagai jabatan dan agensi untuk menyertai program ini.

"Jumlah ini mengatasi sasaran awal kerajaan iaitu seramai 100,000 orang terlibat dalam pelaksanaan program ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mahmood, program tersebut adalah inisiatif Strategi Lautan Biru bagi mencapai satu daripada objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ke arah mengurangkan kadar jenayah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment