My Add

Saturday 28 April 2012

Tindakan Tunku Abdul Aziz malukanbDAP - Guan Eng

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 April, 2012: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Naib Pengerusi parti itu, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang secara terbuka menolak perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) sebagai memalukan parti itu.

Beliau juga mendakwa Ahli Dewan Negara itu bersendirian dalam pandangannya itu selain menuduh ahli politik veteran DAP tersebut telah melanggar proses parti.

"Kenyataan Tunku Abdul Aziz telah meletakkan parti ini di dalam kedudukan yang memalukan kerana kita telah dikritik oleh senator kita sendiri.

"Beliau tidak memaklumkan kepimpinan parti akan membuat kenyataan secara terbuka berhubung pendiriannya ini. Ia ternyata bercanggah dengan prinsip DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tunku Abdul Aziz menggemparkan Dewan Negara semalam apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan haram Bersih di Dataran Merdeka esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment