My Add
Saturday, 28 April 2012
Semangat warga Sabah beri sambutan dikagumi
*MURID Sekolah Kebangsaan Mutiara Kota Kinabalu bersorak gembira selepas menjuarai Pertandingan Biacar Berirama Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2012 sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2012 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
KOTA KINABALU, JUMAAT, 27 April, 2012: Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman melahirkan rasa kagum dengan semangat dan kesungguhan warga Sabah yang memberi sambutan cukup baik terhadap penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012.
Beliau yang melawat gerai-gerai di tapak MSAM itu berkata, kehadiran pengunjung yang cukup luar biasa itu menggambarkan sokongan dan sikap warga Sabah yang mahu mengambil peluang untuk mendalami ilmu pelaburan.
"Saya cukup tertarik dengan pengakuan seorang nelayan yang tidak tahu mengenai pelaburan dan apabila menyertai MSAM, dia dapat memahami konsep pelaburan yang PNB bawa dan mengambil keputusan untuk melabur," katanya ketika ditemui di tapak pameran MSAM di sini hari ini. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment