*SEBAHAGIAN penduduk menggunakan timba untuk mengambil air berwarna merah seperti sirap dari sebuah perigi di Kampung Pintu Gerbang, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. - UTUSAN MALAYSIA/TOREK SULONG
Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH, JUMAAR, 27 April, 2012: Sebuah perigi lama berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Rhu, dekat sini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya bertukar warna merah seperti air sirap.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ada penduduk yang mengambil air perigi tersebut untuk tujuan perubatan kerana menganggap ia kejadian aneh.
Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air perigi itu sebelum ini bersih dan jernih serta menjadi sumber utama untuk memproses keropok yang diusahakannya.
Bagaimanapun dakwanya, warna air perigi itu dikesan berubah merah beberapa minggu lalu sehingga terpaksa ditimba dan digali semula, tetapi tidak berubah. -
No comments:
Post a Comment