My Add

Saturday 28 April 2012

Umat Islam perlu teladani tamadun Barat - Raja Muda Perlis


*TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) mendengar penerangan mengenai perkembangan semasa OCIS daripada Farhan Nizami ketika berkunjung ke OCIS di London, semalam.


Oleh Bazli Abd. Rahman

LONDON, JUMAAT, 27 April, 2012: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam mencontohi kesungguhan Barat sehingga berjaya membangunkan tamadun mereka yang kemudiannya diakui hebat dan diteladani oleh masyarakat seluruh dunia.

Titah baginda, penganut Islam sentiasa memiliki peluang bukan sahaja untuk bersaing dengan kehebatan Barat, malah boleh mencipta pelbagai kecemerlangan yang akan diikuti oleh pihak lain.

“Umat Islam pernah mencipta zaman kegemilangan suatu masa dahulu. Tetapi disebabkan kecuaian diri, akhirnya mereka gagal untuk meneruskan kegemilangan tamadun yang telah mereka bina sekian lama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment