RAUB, JUMAAT, 27 April, 2012: Pusat GiatMara memperkenalkan kursus Pembantu Rumah Profesional sejak tiga bulan lalu bagi membantu kerajaan mengatasi masalah mendapatkan tenaga kerja itu di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, kursus tersebut dilaksanakan di GiatMara Subang Jaya, Selangor yang kini melatih seramai 20 pelatih dan 30 pegawainya dalam bidang berkenaan.
Katanya, pegawai terbabit akan ditempatkan di pusat latihan baru yang akan dibuka di setiap negeri mulai Mei ini, bagi memberi latihan dan kursus kepada mereka yang berminat dalam kursus itu.
"GiatMara akan menyediakan segala kelengkapan bagi membolehkan para pelatih terbabit mendapat latihan dan kursus maksimum selama enam bulan.
"Selain menerima latihan tentang cara menjaga bayi dan kanak kanak, pelatih terbabit akan turut diberikan latihan mengurus rumah termasuk penyediaan makanan, mendobi pakaian, membersih rumah dan penjagaan orang tua dan sebagainya secara profesional," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment