My Add

Saturday 28 April 2012

Puteri UMNO cabar Nurul Izzah buat kenyataan umum

KUALA LUMPURJUMAAT, 27 April , 2012: Pergerakan Puteri UMNO mencabar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya mengemukakan saman fitnah dan membuat kenyataan umum bagi mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebagai pembohong besar berhubung isu video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah itu perlu jika Nurul Izzah yang juga anak kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut benar-benar mahu menegakkan kebenaran dan mempertahankan bapanya.

Menurut beliau, sepatutnya tindakan segera telah diambil Nurul Izzah memandangkan isu terbabit melibatkan maruah bapa dan keluarganya.

"Puteri UMNO percaya sudah tiba masanya untuk Nurul Izzah berhenti daripada 'berlakon' kerana yakin beliau tidak akan berani untuk menyaman ataupun membuat kenyataan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment