My Add

Thursday 9 August 2012

3 penganggur disyaki edar dadah ditahan di Kuantan

KUANTAN, KHAMIS, 09 OGOS, 2012: Polis menahan tiga lelaki yang menjadikan sebuah khemah di dalam kebun getah sebagai pusat operasi membungkus bekalan dadah dalam satu serbuan di kebun getah di Kampung Batu 35, Batu Balai, Jerantut.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 30 dan 44 tahun itu juga didapati positif dadah, kata Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azid Ismail.
Beliau berkata, dalam serbuan pada jam 2.40 pagi Isnin lalu itu, polis merampas 161.7 gram heroin.

"Ketiga-tiga penganggur itu dipercayai mengedar dadah secara kecil-kecilan untuk penagih di daerah ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment