My Add

Saturday 18 August 2012

38 kes peniaga gagal patuhi skim kawalan harga

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Ogosa, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sehingga kini mencatat 38 kes peniaga yang gagal mematuhi ketetapan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2012.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak tempoh pemantauan bermula pada 12 Ogos hingga semalam, 33,347 premis diperiksa di seluruh negara.

Skim itu berkuat kuasa sehingga 26 Ogos.

"Daripada 38 kes itu, 26 kes membabitkan peniaga gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu, sembilan kes tiada tanda harga, dan tiga kes menjual melebihi harga maksimum,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama anak yatim Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan Kuala Lumpur dan Selangor anjuran Persatuan Peniaga-Peniaga Bukit Bintang Plaza. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment