My Add

Saturday 25 August 2012

Aliran trafik dari lebuh raya ke ibu kota lancar

KUALA LUMPURSABTU, 25 Ogos, 2012: Aliran trafik dari arah utara dan selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke ibu negara dilaporkan bergerak lancar setakat 10 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressways Bhd. berkata, bilangan kenderaan dijangka bertambah menjelang tengah hari dan lewat petang nanti, apabila orang ramai mula kembali ke ibu kota setelah bercuti sempena sambutan Aidilfitri.

"Setakat ini aliran trafik masih lancar termasuk di Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah Georgetown-Seberang Prai, Tambak Johor, Pagoh dan Yong Peng," katanya hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama lain juga bergerak lancar. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment