My Add

Monday 27 August 2012

Ambil tindakan ke atas Karpal

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Ogos, 2012: Pucuk pimpinan Pas digesa mengambil tindakan paling tegas terhadap Karpal Singh dan bukannya membiarkan Pengerusi DAP itu terus mengecam hukum hudud atas nama kebebasan bersuara sehingga menghiris hati umat Islam di negara ini.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Pas sebelum ini cukup 'pantang' sekiranya ada pihak menghina Islam atau Rasulullah SAW sama ada dari dalam atau di luar negara.

Beliau yang masih ahli Pas Cawangan Bagan Ajam, Butterworth berkata, sekiranya ia berlaku pucuk pimpinan akan segera mengerahkan semua ahlinya bangkit berdemonstrasi bagi menunjukkan bantahan manakala Presiden parti pula bertindak menyerahkan memo kepada pihak berkenaan.

"Kami telah dilatih untuk bangkit menentang sesiapa sahaja yang menghina Islam sama ada dari dalam mahu pun luar negara atas nama mempertahankan kesucian Islam. Kami bangkit berdemonstrasi menentang isu membabitkan penulis kontroversi, Salman Rushdie dan lukisan karikatur menghina Rasulullah SAW yang dilakukan sebuah akhbar di Denmark. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment