My Add

Wednesday 1 August 2012

Aseh janji beri perkhidmatan terbaik

PUTRAJAYA, RABU, 01 Ogos, 2012: Tan Sri Aseh Che Mat yang memulakan tugas sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini berjanji akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan pendekatan turun padang untuk mendekati peringkat akar umbi bagi mendengar dan memahami permasalahan yang dihadapi penduduk di sini.

"Saya akan mengadakan perjumpaan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan penduduk di sini dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk dan pelanggan PPj... Saya amat menghargai maklum balas.

"Kepimpinan melalui teladan. Saya juga menggalakkan semua pegawai dan kakitangan PPj turun padang untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas mengetip kad perakam waktu di pejabatnya di sini hari ini.

Aseh menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang menyandang jawatan Presiden PPj kedua selama lapan tahun sejak 1 Ogos 2004. Kontrak Samsudin tamat semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment