My Add

Thursday, 2 August 2012

BN: Jangan jadikan 'tertuduh' hero

JAMILAH HAMZAH DAN NURUL AINI MOHAMED ALI
SHAH ALAM, KHAMIS 02 Ogos, 2012: Barisan Nasional (BN) menyelar Pakatan Rakyat (PR) atas alasan membela Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang dihadapkan di mahkamah semalam, dengan menjadikannya dianggap sebagai hero.

Ketua Penerangan dan Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, PR tidak seharusnya mmebiarkan orang bersalah menjadi hero dalam masyarakat.
Menurutnya, orang bersalah akan tetap bersalah dan menerima hukuman yang sepatutnya dan bukan diletakkan sebagai penyelamat.

"Kalau Rafizi atau sesiapa pun bersalah memang patut terima hukuman dan tak boleh lepaskan diri. Jangan jadikan dia sebagai hero pula, itu tak wajar," katanya kepada Sinar Harian Online petang tadi.

Rafizi didakwa di bawah Akta Bank dan Istitusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhunung isu pendedahan penyata bank National Feedlot Corporation (NFCorp) yang menjadi isu sejak awal November tahun lalu.

Terdahulu pada sidang media pagi ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak polis yang membuat tangkapan ke atas Rafizi dan mengesyaki tangkapan dibuat turut melibatkan campur tangan pihak ketiga.

Menurut Anwar, cara tangkapan yang dibuat semalam begitu dikesalkan kerana Rafizi hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau membuat pendedahan dan pendedahan yang dibuat berdasarkan fakta yang sahih.

"Saya tidak boleh terima mereka buat tangkapan ke atas Rafizi kerana fakta yang didedahkan Rafizi adalah benar.

"Apabila pendedahan yang ada kena-mengena dan berkaitan dengan orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka tidak dapat terima dan memberi simbol yang tidak baik," ulas Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lalu.

Beliau didakwa mengikut Bafia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

"Jangan memaksa kami (Pakatan Rakyat) terpanggil untuk bertindak di luar kotak pemikiran mereka. Saya tidak akan izinkan berlakunya salah guna kuasa berlaku dalam negara ini," Anwar yang juga Ketua Pembangkang. 

No comments:

Post a Comment