My Add

Friday 3 August 2012

Dadah: Warga Iran dipenjara 13 tahun, 10 sebatan

SHAH ALAM, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Seorang warga Iran dihukum penjara 13 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 631.8 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Datuk Ahmadi Asnawi yang membuat keputusan itu di sini hari ini, memerintahkan tertuduh, Hamed Zabetidakhel Shaban, 29, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu 7 Disember 2010.

Hamed mengaku melakukan kesalahan itu di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Aras 3, KLIA, Sepang, pada pukul 10.50 pagi.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment