My Add

Sunday 26 August 2012

Hadi berdolak dalik


*ABDUL Hadi Awang (tengah) pada sidang media yang turut dihadiri Mustafa Ali (kanan) dan Mohamad Sabu di Bangunan Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/IRWAN MAJID

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Ogos, 2012: Pas yang menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam bukan sahaja gagal menyatakan pendirian tegas mengenai isu hudud sebaliknya terus berdolak-dalik dalam usaha yang dilihat mahu menjaga hati DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh.

Meskipun dihina Pengerusi DAP dalam isu hudud, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar hari ini tetap berkata, Pas tidak pelik dengan penentangan Karpal dan beliau memberi alasan DAP hanya sebuah parti pembangkang bukan kerajaan yang memerintah.

Beliau juga secara berterusan cuba berdalih mengenai kegagalan Pas bangkit menjawab kritikan pedas Karpal dan seperti dijangka sebagaimana yang lepas-lepas, Abdul Hadi menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment