My Add

Thursday 23 August 2012

Juruteknik Malaysia yang diculik lanun Nigeria dibebaskan

LAGOS, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Empat pekerja asing syarikat minyak dan gas termasuk juruteknik, George Lipih Anak Mambo, 42, yang diculik di perairan Nigeria sudah dibebaskan, kata syarikat berkenaan hari ini.

Jurucakap Sea Trucks Group, Corrie van Kessel berkata, keempat-empat mereka termasuk seorang rakyat Malaysia dilaporkan dalam keadaan sihat apabila pegawai menemui mereka pada malam tadi di wilayah Niger Delta.
Syarikat berkenaan berpangkalan di Rotterdam, Belanda.

Beliau berkata, kesemua mangsa menjalani pemeriksaan perubatan selepas dibebaskan dan dalam keadaan selamat.

"Mereka dalam keadaan baik semuanya. Kami sudah memaklumkan pembebasan mereka kepada keluarga dan kedutaan," katanya. - AP

No comments:

Post a Comment