My Add

Thursday 23 August 2012

Jusuf Kalla wakil khas ke Myanmar

JAKARTARABU, 22 Ogos, 2012: Indonesia melantik bekas Naib Presiden republik ini, Jusuf Kalla sebagai wakil khas negara ini untuk membantu menyelesaikan keganasan etnik di negeri Rakhine di barat Myanmar.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, keputusan itu dibuat sebagi tanda 'sokongan perpaduan kepada etnik Islam Rohingya'.

Jusuf yang merupakan pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia dijadual tiba di Myanmar pada 8 September ini.

"Ia bermula dengan konflik peribadi yang bertukar menjadi konflik politik dan seterusnya menjadi konflik agama.

"Sebagai pertubuhan kemanusiaan dan atas semangat Asia serta sebagai sebuah negara Islam, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu dan terlibat dalam krisis ini bagi menyokong kerajaan Myanmar menghentikan keganasan (di wilayah itu)," kata Jusuf kepada program Connect Asia di Radio Australia.

Myanmar, sebelum ini membenarkan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia bersama agensi kemanusiaan antarabangsa lain untuk menghantar bantuan kepada pelarian Rohingya ekoran konflik berdarah membabitkan etnik Rohingya dan Rakhine pada Jun lalu, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 87 orang maut.

Minggu lau, kerajaan Myanmar menubuhkan satu suruhanjaya khas untuk menyiasat punca keganasan etnik itu tercetus.

Suruhanjaya itu ditugaskan untuk mencari penyelesaian dan menghantar laporan hasil siasatan mereka kepada kerajaan Myanmar pada 17 September ini. - AGENSI

No comments:

Post a Comment