My Add

Thursday, 2 August 2012

Khalid bimbang isu air jadi punca rakyat tolak kerajaan PKR

HULU LANGAT, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Kerajaan Selangor pimpinan pembangkang menjadikan masalah air sebagai isu politik kerana bimbang rakyat sedar Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim sebenarnya gagal menangani isu itu sejak tiga tahun lepas, kata Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau berkata oleh kerana masalah itu kini semakin kritikal sehingga menyebabkan selatan Selangor terputus bekalan air, kerajaan pembangkang mendakwa bahawa kerajaan persekutuan berkonspirasi dengan Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang menjadi syarikat pengendali rawatan air.

"Saya lihat kerana isu air ini tidak berjaya ditangani dengan baik maka rakyat akan buka mata. Jadi kerana itu kerajaan negeri berdolak-dalik dan kambing hitamkan pihak-pihak lain," katanya kepada pemberita selepas melawat loji pembekalan air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat bersama pemimpin setempat di kawasan selatan Selangor hari ini.

Sohaimi berkata krisis air bukan disebabkan tiada air di loji dan sungai tetapi kerana tiada persetujuan di antara tiga pihak iaitu Puncak Niaga (sebagai pihak yang memproses air), Syabas (yang membekal air) dan kerajaan negeri Selangor (yang sepatutnya menyediakan infrastruktur).

Beliau turut meminta menteri besar Selangor itu mengeluarkan kenyataan rasmi kepada rakyat berhubung isu itu dan bukan menyerahkan kepada anggota exco untuk memberi pendapat masing-masing sehingga bercanggah dan mengelirukan orang ramai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment