My Add

Saturday, 4 August 2012

KPDNKK tawar dana RM50,000 untuk koperasi masjid berniaga

BERA, SABTU, 04 Ogos, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menawarkan dana RM50,000 kepada koperasi masjid yang mahu memulakan perniagaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi menggalakkan koperasi yang ditubuh kariah masjid memperluaskan perniagaan untuk menambah pendapatan selain memberi kemudahan kepada penduduk setempat. 

Antara jenis perniagaan yang boleh dibuat ialah pembekalan barangan runcit, kelas tuisyen, kedai makan, pusat refleksologi atau hemodialisis, katanya pada majlis ramah mesra dengan pegawai dan anggota jawatankuasa kariah masjid daerah Bera, di sini hari ini.

Katanya, sehingga kini terdapat lebih 450 buah koperasi masjid di seluruh negara.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment