My Add

Saturday 4 August 2012

Laluan sukar untuk beregu negara ?

LONDON, sabtu, 04 oGOS, 2012: Pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bakal berdepan misi sukar untuk mencari pingat sulung Olimpik mereka apabila dipertemukan dengan pasangan Korea Selatan, Chung Jae-Sung-Lee Young-Dae pada aksi penentuan tempat ketiga esok.

Jae-sung-Young-dae yang merupakan pasangan No.1 dunia itu kecundang mengejut 17-21,21-18 18, 22-20 kepada gandingan Denmark pada aksi separuh akhir kedua sebentar tadi.

Kien Keat-Boon Heong memiliki rekod buruk dengan jaguh handalan Korea Selatan itu, menyaksikan mereka menang hanya dua kali dalam 15 pertembungan terdahulu termasuk kekalahan terbaru 16-21, 11-21 sewaktu aksi kumpulan Selasa lalu.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment