My Add

Thursday 23 August 2012

Lebih 40,000 pelancong kunjungi Langkawi

LANGKAWI, RABU, 22 Ogos, 2012:: Lebih 40,000 orang termasuk pelancong dari luar negera berkunjung ke pulau peranginan Langkawi sejak bermulanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 16 Ogos lalu.


Laluan paling popular di kalangan orang ramai yang ke Langkawi ialah menerusi feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah.
Pegawai Operasi Perkhidmatan Feri Langkawi, Nurul Fakri Ahmad berkata, kehadiran pelancong melalui laluan Kuala Perlis dan Kuala Kedah secara puratanya

6,000 orang setiap hari.

"Pihak kami mengadakan perkhidmatan tambahan dari 10 hingga 15 perjalanan
sehari bagi menampung permintaan yang meningkat," katanya di sini.

Beliau berkata, walaupun permintaan untuk perkhidmatan feri tinggi pada musim
perayaan, pihaknya tidak bercadang mengadakan perkhidmatan pada waktu malam kerana perkhidmatan feri hanya boleh dibuat hingga 7 petang.

Aspek keselamatan turut diberi perhatian bagi memastikan tiada kejadian yang
tidak diingini berlaku, katanya.

Nurul berkata, kakitangan Jabatan Laut juga akan melakukan pemeriksaan
sebelum feri bertolak untuk memastikan tiada muatan berlebihan selain alat
keselamatan yang mencukupi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment