My Add

Saturday 25 August 2012

Lelaki cedera disambar buaya ketika mencangkung

*PAI yang cedera disambar buaya diberi rawatan di Hospital Umum Sarawak, semalam.

KUCHING, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Hanya selang dua hari selepas seorang remaja lelaki cedera akibat digigit buaya di Pantai Pasir Panjang dekat sini, seorang lagi menjadi mangsa reptilia tersebut hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Pai, 31, seorang rakyat Indonesia digigit buaya liar sepanjang dua meter di tebing Sungai Sarawak.

Menurut Pai, ketika insiden itu, dia mencangkung untuk membuang air di sungai tersebut sebelum muncul haiwan berkenaan dan menggigit belakang badannya di bahagian pinggang, punggung dan paha.

"Mujur saya sempat memegang satu palang besi di situ bagi mengelak daripada ditarik buaya tersebut. Tidak lama selepas itu, buaya tersebut melepaskan gigitannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment