My Add

Monday 6 August 2012

Malaysia kutuk tindakan Israel halang penganjuran sidang NAM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Kerajaan Malaysia mengecam dan mengutuk tindakan Israel yang telah menghalang penganjuran Mesyuarat Luar Biasa Peringkat Menteri Jawatankuasa Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengenai Palestin yang dijadualkan di Ramallah, Palestin selama dua hari bermula semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Israel tidak mempunyai alasan yang sah untuk tidak membenarkan sesetengah Menteri Luar dan ketua delegasi masuk ke Ramallah memandangkan lawatan tersebut adalah ke wilayah Palestin dan bukan Israel.
"Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ini yang melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan obligasi Israel sebagai kuasa yang menjajah Palestin", kata kenyataan itu.

Tindakan Israel itu juga menunjukkan sekali lagi kepada NAM dan masyarakat antarabangsa tentang penderitaan rakyat Palestin di dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan sepenuhnya dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota.

Kerajaan Malaysia juga yakin bahawa tindakan Israel berkenaan hanya akan memperkukuhkan lagi azam NAM untuk terus memperjuangkan maruah dan hak rakyat Palestin untuk mencapai taraf sebagai sebuah negera merdeka serta Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan dan rakyat Palestin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment